• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sapura Energy Raih Kontrak Bernilai RM879.01 Juta

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sapura Energy Bhd meraih empat kontrak, bernilai kira-kira US$205.96 juta (RM879.01 juta) melalui anak syarikat milik penuh langsung dan tidak langsungnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata tiga daripada kontrak tersebut diraih oleh Sapura Offshore Sdn Bhd daripada PT. Gunanusa Utama Fabricators, Brunei Shell Petroleum Co Sdn Bhd dan Oil and Natural Gas Corporation Ltd.

Antara kontrak yang diraih oleh Sapura Offshore adalah kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan platform kepala telaga, saluran paip yang berkaitan dan ‘tie-ins’ bagi projek pembangunan Zawtika, yang akan siap pada Mac 2018, serta pengangkutan dan pemasangan baki kerja-kerja dalam laut bagi Oil and Natural Gas Corporation, yang akan siap pada suku kedua 2017.

Sapura Offshore turut diberikan kontrak untuk menjalankan kerja-kerja bagi penggantian tambatan satu titik (SPM) menaik taraf sistem eksport minyak luar pesisir Seria Crude Oil Terminal oleh Brunei Shell Petroleum, yang dijadualkan bermula pada April 2018

Anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Normand Sapura Pty Ltd diberikan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan oleh PTTEP Australasia Pty Ltd yang termasuk selaman tepu dan kerja-kerja intervensi kenderaan kawalan jauh di lapangan Montara, dan dijadualkan siap pada Julai. – BERNAMA

Tags: Sapura Energy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

Sapura Energy Peroleh Penyambungan Kontrak RM580 Juta Di Brazil

Sapura Energy Peroleh Penyambungan Kontrak RM580 Juta Di Brazil

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd