• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Bukan Punca Hutang Kerajaan Negeri Tinggi

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron hari ini menolak dakwaan kononnya gejala rasuah merupakan antara punca utama hutang kerajaan negeri pada tahap yang tinggi.

Beliau berkata hutang negeri berpunca daripada kerajaan negeri perlu melaksanakan tanggungjawab menyediakan keperluan prasarana kepada rakyat dan tidak mempunyai punca keberhasilan bagi menanggung sesuatu projek.

“Banyak lagi punca-punca lain termasuk perlu menanggung projek bekalan air, infrastruktur sukan, industri kecil dan sederhana, perumahan awam kos rendah.

“Pelbagai lagi projek yang membabitkan pembangunan prasarana atau infrastruktur yang terpaksa dilakukan melalui sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Khoo bertanya sama ada kerajaan negeri setuju bahawa satu daripada punca utama hutang negeri berada pada tahap tinggi adalah kerana rasuah.

Idris berkata kerajaan negeri sememangnya akan memperuntukkan bayaran balik pinjaman berdasarkan kepada status kewangan negeri.

Sementara itu, beliau berpendapat gejala rasuah yang berlaku adalah berpunca daripada kurangnya didikan moral mengenai kefahaman nilai-nilai sejagat dan didikan agama seseorang individu dengan melakukan kerja di luar garis panduan.

Beliau berkata individu yang terlibat dengan gejala rasuah mempunyai niat untuk menganiaya dan menyalahgunakan kuasa mereka.

“Mereka melakukan sesuatu yang di luar norma kehidupan dan lazimnya mereka yang melakukan perkara bertentangan ini merupakan orang yang gemar melanggar undang-undang negeri dan peraturan-peraturan jabatan demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haronrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brunei Lancar Nombor Plat Khas ‘Jubli Emas’

Next Post

Asyraf Wajdi, Kui Hian Dilantik Semula Penggal Ke-2

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Asyraf Wajdi, Kui Hian Dilantik Semula Penggal Ke-2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd