• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Lancar Nombor Plat Khas ‘Jubli Emas’

oleh
05/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei bakal melancarkan bidaan nombor plat khas ‘Jubli Emas‘ sempena peristiwa 50 tahun pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah.

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di ibu pejabat JPD di Beribi di sini semalam, pemangku pengarahnya, Mohammad Amirrizal Mahmud berkata, sebanyak 117 nombor bakal ditawarkan kepada orang awam.

Bagaimanapun bidaan hanya akan dilakukan secara proses tender tertutup dengan bayaran minimum B$2,000 (kira-kira RM6,175) untuk setiap nombor itu dan ia tidak akan ditawarkan semula ketika tender terbuka dijalankan.

Antara siri nombor ‘cantik’ berkenaan ialah plat khas Jubli Emas 1 sehingga 99; selain masing-masing Jubli Emas 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900; serta Jubli Emas 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888 dan 999.

Proses tender itu dibuka mulai sekarang dan akan berakhir pada pukul 2 petang 8 Julai depan. Manakala harga bingkai untuk nombor plat istimewa tersebut akan dilakukan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak JPD sendiri.

Ketika ini Brunei hanya mempunyai siri plat B dan K untuk orang awam termasuk teksi, DC untuk kenderaan diplomat asing serta MOD untuk pihak tentera manakala plat khas dengan lambang untuk anggota kerabat diraja.

Sultan Hassanal Bolkiah mula menaiki takhta menjadi Sultan Brunei yang ke-29 secara rasmi pada 5 Oktober 1967 semasa masih berusia 21 tahun. Sambutan Jubli Perak baginda pula telah diadakan pada 5 Oktober 1992 lalu.

Pelbagai acara turut diatur khas pelbagai agensi kerajaan dan swasta tempatan untuk sambutan perayaan tersebut secara besar-besaran menjelang 5 Oktober depan di seluruh negara Islam berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Brunei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekali Imbas Macam Lalat, Rupa-Rupanya…

Next Post

Rasuah Bukan Punca Hutang Kerajaan Negeri Tinggi

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

Next Post

Rasuah Bukan Punca Hutang Kerajaan Negeri Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd