• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Belum Layak Jadi Calon PM Pembangkang!

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Naib Presidennya sendiri, Rafizi Ramli bahawa Ahli Parlimen Pandan itu masih jauh daripada layak untuk menjadi calon Perdana Menteri pembangkang.

Ketua Komunikasi Wanita PKR, Carolyn Khor berkata, bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad masih calon ‘heavyweights’ pembangkang untuk memegang jawatan itu.

“Calon PM (pembangkang) masih Anwar dan Mahathir. Calon yang lebih rendah daripada mereka adalah (Presiden PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan (anak Mahathir) Datuk Seri Mukhriz.

“Sebanyak mana Rafizi mahu menjadi sebahagian daripada calon Perdana Menteri (pembangkang), banyak lagi perlu dia capai bagi mengumpulkan sokongan akar umbi, sesuatu yang dipegang semat oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Carolyn mengingatkan Mahathir bahawa beliau tidak boleh dengan mudah menawarkan diri menjadi Perdana Menteri jika UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan hanya kerana kini bersama pembangkang.

Tegas beliau, selama ini PKR dan Anwar yang sentiasa menjadi faktor penyatuan parti pembangkang di Malaysia maka Anwar lebih layak.

Malah, katanya, pakatan pembangkang sepatutnya dikenali sebagai Pakatan Keadilan Rakyat, bukan Pakatan Harapan selepas DAP membubarkan Pakatan Rakyat.

Beliau turut menegaskan, pemimpin wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin dan anak Anwar, Nurul Izzah boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon Perdana Menteri pembangkang.

Kata beliau, ia menunjukkan pembangkang mengutamakan hak sama rata antara lelaki dan wanita di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Carolyn KhorPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd