• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kumbahan Pulau Redang Siap 2020

oleh Ahmad Albab
20/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Projek kumbahan dengan kos RM67.2 juta bagi memulihara kebersihan Pulau Redang, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata projek itu akan ditender pada Ogos ini yang melibatkan proses membina dan menaik taraf sistem rawatan kumbahan sedia ada di 13 premis hotel dan chalet.

“Apabila siapnya projek ini, ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang sering diajukan pihak pengusaha hotel. Masalah perparitan juga akan diselesaikan.

“Namun dalam tempoh terdekat ini, saya mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melihat dan mengkaji penyelesaian jangka masa pendek menangani isu kumbahan, perparitan dan isu lain,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di sekitar Pulau Redang di sini.

Selain itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membina jeti baharu di Kampung Teluk Bakau di sini yang membabitkan kos sebanyak RM4.5 juta.

Ahmad Razif, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, berkata projek itu mampu memberi manafaat kepada 2,000 penduduk sekitar.

Beliau berkata kerajaan negeri turut memutuskan untuk menubuh satu pasukan petugas bagi meninjau keadaan kebersihan di Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Lang Tengah dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Tags: Pulau Redang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KBS Dicadang Tubuh Badan Khas Pantau Acara Larian

Next Post

Tauke Akhirnya Umum Nikah Tahun Ini

Related Posts

Terengganu Gugur Rancangan Naik Taraf LTPR

30/06/2017
0

SETIU - Kerajaan negeri Terengganu menggugurkan rancangan pembesaran landasan di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR) kerana kos dan kesan kepada industri pelancongan marin di pusat peranginan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan meneruskan rancangan awal menaik taraf LTPR selepas  mengambil kira pelbagai risiko...

Jalan Sepanjang 4km Akan Dibina Di Pulau Redang

29/03/2015
0

KUALA NERUS - Jalan sepanjang empat kilometer akan dibina dari Long Beach di Pulau Redang bagi menghubungkan kampung-kampung di pulau...

Next Post

Tauke Akhirnya Umum Nikah Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd