Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zakaria Ketahui Nasibnya Hari...

KUALA LUMPUR - Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd...

PM Umum Kelonggaran Tambahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia memberi lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan rakyat melaksanakan...

RM17.1 Bilion Bayar Balik...

KUALA LUMPUR – Kerajaan yang sudah menerima dana dari Petronas telah mula membuat...

Nik Abduh: Tahniah BN,...

PRN MELAKA | Pemimpin PAS Nik Abduh Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada BN...

Program Tafsir Al-Quran Jadi Program Teras Skuad An-Nur

KUALA LUMPUR – Program terjemahan dan tafsir al-Quran akan menjadi program teras yang dikendalikan Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO di seluruh negara.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan ilmu al-Quran bukan sahaja kepada anggotanya tetapi juga masyarakat setempat.

“Amat mustahak untuk kita memahami al-Quran supaya kita dapat mengimplementasi segala ajaran yang dipelajari daripadanya.

“Kalau kita mempelajari dan menghayati segala ajaran dalam al-Quran, Insya-Allah politik kita juga akan mendapat keredaan Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Wanita UMNO di Masjid Mu’adz Bin Jabal Taman Setiawangsa, di sini hari ini.

Shahrizat berkata program keagamaan perlu menjadi program tulang belakang kerana ia selaras dengan tiga teras perjuangan UMNO iaitu agama, bangsa dan negara.


Program Tadarus Perdana itu yang disertai 800 anggota Wanita UMNO dari 12 bahagian Parlimen Wilayah Persekutuan turut dihadiri Anggota Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Selain bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan, program tersebut diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan mendekati rakyat daripada pelbagai lapisan.

Seramai 100 pelajar tahfiz turut menerima sumbangan pada majlis itu. – BERNAMA

Kategori