• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemboja Beri Amaran Pihak Cuba Guling Kerajaan

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba melancarkan sebarang percubaan menjatuhkan kerajaan melalui “revolusi warna”, kata Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, lapor agensi berita China Xinhua.

Amaran Perdana Menteri itu, ditujukan kepada pihak pembangkang Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) menjelang pilihan raya umum pada Julai 2018.

“Pasukan tentera perlu bersedia untuk menyekat sebarang pergerakan bertujuan menjatuhkan kerajaan dan merosakkan negara,” katanya semasa melawat wilayah Tboung Khmum.

Beliau berkata, pihak yang cuba melancarkan revolusi berkenaan perlu bersiap-sedia berdepan sebarang tindakan dan menegaskan kerajaan perlu melindungi kehidupan jutaan rakyat.

Beliau turut menyeru rakyat supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mewujudkan keadaan huru-hara.

“Revolusi warna” merujuk kepada kebangkitan popular yang menggulingkan kerajaan di Balkan dan Timur Tengah.

Pilihan raya umum Julai 2013, CNRP tidak menerima keputusan kekalahan parti itu dan mengadakan bantahan besar-besaran selama beberapa bulan menuntut peletakan jawatan Hun Sen. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KWAP Rugi Ditipu RM200 Juta, Kerajaan Digesa Bentang Laporan Penuh Pelaburan eFishery

KWAP Rugi Ditipu RM200 Juta, Kerajaan Digesa Bentang Laporan Penuh Pelaburan eFishery

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa membentangkan laporan lengkap kepada Parlimen berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam...

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa Naratif Sedih Syahdu Dalam PRN Negeri Sembilan?

17/07/2026
0

SEREMBAN – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pendokong Pakatan Harapan (PH) dilihat mula membawa naratif yang lebih menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd