• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

oleh Ahmad Albab
15/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan sumbangan RM9,637 hasil kutipan dana ‘Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina’.

Presiden PFAM, Hairuddin Omar berkata pihaknya sentiasa mengambil berat hal kebajikan anggotanya termasuk pemain bola sepak Perlis iaitu Mohd Alafi Mahmud yang memerlukan kos bagi merawat anak keduanya, Adra Medina yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Katanya, beliau amat bersyukur inisiatif yang diusahakan PFAM bermula 2 Jun lepas, bagi membantu bayi berusia dua bulan itu telah mencapai matlamatnya.

“PFA Malaysia sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan sumbangan rakan-rakan pemain membuktikan solidariti antara pemain di Malaysia amat kuat dan hal ini terbukti dengan penyerahan sumbangan kepada saudara Alafi hari ini.

“Semoga sumbangan ikhlas ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan saudara Alafi,” katanya dalam kenyataan media.

Inisiatif ‘Titipan Sinar Harapan PFAM Untuk Adra Medina’ turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersetuju membiayai kos pembedahan pertama Adra Medina yang dijalankan pada 10 Jun lepas.

Hairuddin bersama kepimpinan PFAM mengunjungi kediaman mertua Mohd Alafi di Sungai Buloh untuk melawat dan menyampaikan ole-ole untuk persiapan menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohd Alafi berkata beliau amat bersyukur kerana pembedahan pertama yang dijalankan menunjukkan kesan positif terhadap anak keduanya itu.

“Keadaan Adra semakin stabil dan buat masa ini Adra memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan pemulihan yang maksimum sebelum pembedahan susulan apabila berat Adra mencecah 10 kilogram nanti.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PFAM atas inisiatif ini, tidak lupa juga kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudi menampung kos pembedahan pertama, ahli PFAM dan orang ramai yang memberikan sumbangan dan menularkan mengenai perkara ini,” katanya.

Kutipan dana ini mendapat perhatian meluas orang ramai, bahkan media massa juga turut membuat liputan mengenai perkembangan Adik Adra Medina ini. Tidak ketinggalan, ahli-ahli PFA Malaysia yang lain turut memberikan sumbangan.

Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi CIMB Bank Adra Medina Mohd Alafi – 7622031000. – BERNAMA

Tags: PFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PFA Nafi Dakwaan PFAM Berhubung Tunggakan Gaji Pemain Perlis

18/12/2018
0

BANGI – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menafikan dakwaan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bahawa mereka masih belum...

Penubuhan NDRC Tingkatkan Kebajikan Pemain

24/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Penubuhan 'National Dispute Resolution Chamber (NDRC)' tahun depan tidak akan menggantikan fungsi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd