Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Nazim Othman, Bella Dally...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally yang telah pun...

Bayaran Khas RM1,500 Untuk...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Himpunan Gergasi Jentera Pemuda,...

KUALA LUMPUR - Satu himpunan gergasi peringkat nasional yang mengumpulkan jentera Pemuda dan...

Pekerja Hantar Pizza Tepat...

DEDIKASI dalam pikul tanggungjawab, seorang lelaki tekad menghantar makanan segera, pizza yang dipesan...

Penubuhan NDRC Tingkatkan Kebajikan Pemain

KUALA LUMPUR – Penubuhan ‘National Dispute Resolution Chamber (NDRC)’ tahun depan tidak akan menggantikan fungsi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail berkata badan bebas itu akan mengurangkan beban tugas Jawatankuasa Status berkenaan, terutama dalam menyelesaikan isu-isu kontrak pemain di negara ini.

“Penubuhan NDRC akan meningkatkan proses penyelesaian masalah mengenai kontrak pemain yang sebelum ini berada di bawah Jawatankuasa Status FAM.

“PFAM dan FAM sedang dalam proses memuktamadkan keanggotaan badan bebas ini, dan kami jangka ia akan dimuktamadkan tahun depan,” katanya.

Penubuhan NDRC adalah antara inisiatif menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara PFAM dan FAM, di sini hari ini.


Izham menandatangani MoU itu bagi pihak PFAM, manakala FAM diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin, sambil disaksikan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail memuji usaha yang dilakukan kedua-dua pihak bagi meningkatkan kebajikan pemain bola sepak di negara ini melalui perjanjian tersebut.

“Saya berpendapat, MoU ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dan saya berharap perjanjian ini akan membuka era baharu yang akan memberi faedah kepada semua organisasi dan juga pemain bola sepak di negara ini,” kata Tunku Mahkota Johor itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PFAM

Kategori