• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Hawk 108 Hilang: Dua Juruterbang Maut

oleh AK-47
17/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang menerbangkan pesawat pejuang jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu ditemui maut petang Khamis.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa ditemui ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu, kira-kira 31 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuantan bersama dengan payung terjun kira-kira pukul 2.30 petang.

“Kedua-dua juruterbang ini adalah yang berpengalaman dan salah seorang daripada mereka merupakan jurulatih pesawat pejuang tersebut.

“Mayat mangsa kini dihantar Ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk bedah siasat,” katanya.

Affendi berkata, pesawat tersebut sedang menjalani latihan namun pihaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat insiden tersebut.

Beliau berkata, kerangka pesawat berkenaan bagaimanapun belum ditemukan.

Menurutnya, keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan pihaknya akan mengambil perhatian kepada kebajikan kepada keluarga mangsa.

Baca: Pesawat Pejuang Hawk TUDM Dari Kuantan Hilang

Pesawat Hawk 108 milik TUDM yang dikendalikan mereka sebelum ini dilaporkan hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi tadi.

Pesawat yang terlibat dalam operasi SAR itu adalah Hercules C130 dan Eurocopter EC725 yang memulakan pencarian pada 11.49 pagi.

TUDM dalam kenyataan, hari ini melaporkan kehilangan pesawat itu selepas berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HILANGJuruterbangTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd