• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Lancar LJK8 Peringkat N.Sembilan

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ramadan kali ini membawa berita gembira buat penduduk di 433 kampung di Negeri Sembilan apabila kerajaan pusat menerusi Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) akan memasang 4,337 unit lampu jalan di kawasan penempatan mereka.

Projek LJK8 ini merupakan program di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar dan lebih manisnya ia dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perasmian itu disempurnakan Najib di Masjid Taman Paroi Jaya di sini dan disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri IAzman Mohd, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek serta 3,000 hadirin.

Projek yang menelan belanja RM3.4 juta dan akan dilaksanakan oleh TNB.

Melalui projek LJK8 ini, sebanyak 337 unit lampu jenis diod pancaran cahaya (LED) akan dipasang di negeri ini, manakala selebihnya merupakan lampu jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV).

Pelaksanaan projek itu membolehkan pergerakan penduduk kampung menjadi lebih selesa dan selamat apabila kawasan yang dahulunya gelap ketika malam atau dinihari, terang disinari cahaya lampu jalan.

Bagi projek LJK8 ini, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menyediakan 111,833 unit lampu jalan di kampung-kampung di seluruh negara, yang mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,333 unit adalah lampu jenis LED manakala selebihnya ialah jenis HPSV.

Dalam fasa satu hingga fasa tujuh LJK yang bermula sejak 2003, sebanyak 300,000 unit lampu jalan kampung telah dipasang di seluruh negara dengan kos RM150 juta, dengan 18,300 unit telah dipasang di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLJK8
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd