Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

MAS Sahkan Pramugara Ditahan...

Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana didakwa mencabul seorang penumpang wanita...

PPN Perlis Sedia Cari...

ARAU - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perlis hari ini bersedia mencari tapak bagi...

Langgar Lari: Penunggang Maut...

LAHAD DATU - Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Km2,...

KKM Ambil Sampel Tepung...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa...

Penoreh Getah Terkejut Van Rempuh Rumah

KUALA KRAI – Seorang penoreh getah terkejut apabila sebuah van didapati merempuh rumahnya ketika beliau dan keluarganya sedang menonton televisyen pagi tadi.

Azrin Hassan, 41, berkata beliau bersama isteri, empat orang anak dan ibunya sedang menonton di ruang tamu apabila terdengar dentuman kuat di hadapan rumahnya di Km 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekung di sini.

“Saya rasa rumah saya bergegar dan kemudiannya mendapati ada sebuah van terbalik di depan rumah saya. Saya terkejut apabila mendapati sekumpulan remaja berada dalam van yang terbalik itu sebelum orang kampung yang menyedari kejadian itu datang dan membantu mereka,” katanya.

Kejadian pukul 9.40 pagi itu menyebabkan enam pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang maut manakala lapan lagi cedera termasuk enam parah.

Van yang mereka naiki dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh rumah penduduk terbabit yang turut menyebabkan sebahagian bahagian depan rumahnya rosak.


Para mangsa merupakan antara 12 pelajar dan dua guru pengiring yang dikatakan dalam dalam perjalanan untuk menghadiri program Daurah Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. – BERNAMA

Kategori