• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguat Kuasa KPDNKK Di Lokasi Tumpuan

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan ditempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia merupakan tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan secara berlebihan.

“Ia bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika ketika musim perayaan yang mengaut keuntungan berlebihan.

“Kita turut mendapatkan kerjasama daripada Friends Of KPDNKK (FOK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu KPDNKK,” katanya.

Terdahulu, Hamzah turut mengumumkan senarai 21 barangan harga kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 di sini, hari ini.

Skim berkenaan dilaksanakan agar pengguna memperoleh barangan perlu musim perayaan pada harga yang berpatutan  dan menyekat peningkatan harga melampau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar peniaga mematuhi arahan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan.

“Peniaga perlu mematuhi peraturan dan sentiasa beretika dalam perniagaan dan pengguna juga perlu tanggungjawab serta hak mereka sebagai pengguna.

“Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hargaKPDNKKpantaupengguna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

TuJu Tidak Berkesan Menyusahkan Pengguna, Guan Eng Persoal Berapa Kos Pembangunan Aplikasi

TuJu Tidak Berkesan Menyusahkan Pengguna, Guan Eng Persoal Berapa Kos Pembangunan Aplikasi

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai tidak berkesan dan mempersoalkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd