• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantaian Tentera: Etnik Rohingya Terus Dibunuh

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS tentangan dunia memuncak pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Myanmar mengambil langkah politik dengan mengawal keadaan di Rakhine. Sejak krisis memuncak pada 2012, lebih 1,000 nyawa penduduk Islam Rohingnya dibunuh.

Ia turut menyebabkan 800 ribu umat Islam di wilayah itu melarikan diri ke sempadan Bangladesh, Thailand dan memasuki Malaysia.

Semalam, lapor Reuters memetik maklumat terkini Portal Rohingya Blogger mengenai tindakan Pasukan Keselamatan Myanmar kembali mencetuskan keganasan di Maungdaw Utara, Rakhine.

Serangan kali ini berskala besar dengan membabitkan tindakan bersenjata dan pembunuhan. Malah, serangan diketuai Polis Kawalan Sempadan dan Tentera Myanmar bersama ratusan pelampau Buddha Rakhine.

“Beberapa orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan penduduk lain cedera. Selain senjata polis dan tentera, pelampau mengunakan senjata tajam menyerang 1000 penduduk kampung Kyun Pauk Pyu Zuu di bawah mukim Taung Pyo di utara Maungdaw, pagi semalam,” lapor blog yang dipetik Reuters.

Tentera dan polis menggunakan strategi menyerang dan mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk Islam. Penduduk yang melarikan diri, akhirnya masuk ke perangkap tentera apabila 500 umat Islam ditahan ketika melarikan diri untuk bersembunyi di hutan pergunungan berdekatan.

Ketika laporan ditulis, Portal Rohingya Blogger melaporkan, beratus-ratus pelampau Buddha di Rakhine yang bersenjatakan parang sedang berarak menuju kampung Kiam Mong (Kyun Pauk Pyu Zuu) bagi menyerang penduduk Islam.

“Tentera dan polis sempadan Myanmar pula menyokong penuh tindakan itu walaupun mereka sepatutnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan di negeri ini semasa Hari Raya Aidilfitri, penduduk menjadi panik dan ketakutan.

“Situasi semasa tidak menentu, penduduk kini melarikan diri,” kata penduduk Islam Maungdaw Utara.

Portal tersebut tidak mendedahkan nama sumber bagi mengelakkan dibunuh pihak tentera.

Reuters mendedahkan, serangan kali ini dipelopori pihak Tentera Myanmar yang menghasut penduduk bertindak balas terhadap umat Islam Rohingya berikutan insiden empat pemuda Buddha diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Tindakan serangan terhadap penduduk Islam dibuat semata-mata kejadian serangan itu terjadi berdekatan petempatan Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Etnik Rohingya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd