• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar KAYM Teruja Berbuka Puasa Bersama PM

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiap kali ketibaan bulan Ramadan, pelbagai program berbuka puasa dianjurkan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dalam memenuhi keadaan pelajar yang berjauhan daripada keluarga untuk mengurangkan kesayuan masing-masing.

Baru-baru ini, seramai 10 orang pemimpin pelajar KAYM bertuah apabila berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa tokoh akademik universiti terkemuka tanah air di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Majlis itu turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi beliau merasa bangga kerana KAYM satu-satunya kolej dari negeri Melaka yang diberi kepercayai untuk mewakili Melaka di majlis tersebut.

“Apa yang disampaikan Perdana Menteri sangat sinonim dengan hasrat KAYM iaitu untuk menggerak usaha generasi memperkasakan generasi muda dalam memberikan asas dan peluang kepada mereka menyumbang kepada pembangunan negara” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar KAYM, Muhammad Danial Akil Mohd Swalitan berkata, kesudian Perdana Menteri meluangkan masa berbuka puasa bersama dengan wakil kepimpinan pelajar dari seluruh negara menunjukkan sifat keprihatinan dan ambil berat beliau terhadap golongan muda dan pelapis pemimpin masa depan negara.

“Suntikan dan semangat Perdana Menteri sempena bulan Ramadan yang mulia ini bakal melakarkan inspirasi kepada kepimpinan mahasiswa negara dalam memacu kecemerlangan Malaysia ke arah melahirkan mahasiswa berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

“Majlis ini memberi mesej yang jelas bahawa Perdana Menteri mahukan mahasiswa menjadi tonggak dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengekalkan keharmonian dan keamanan sejagat, katanya.

Seorang lagi pelajar Syakira Suhaimi, kursus Kru Kabin berkata, peluang menghadiri majlis berbuka puasa di Sri Perdana sedikit sebanyak mengeratkan hubungan antara rakan-rakan kepimpinan mahasiswa universiti lain dalam konteks idea memperkasa pendidikan tinggi negara.

Selain berbuka puasa, para hadirin juga turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama Perdana Menteri dan seterusnya menunaikan solat Isyak berjemaah dan juga solat Tarawih selepas menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

Sumber : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Faks : (606) 2861062
Emel : [email protected]

– BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPelajar KAYM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd