• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecat JKKK, DAP Pulau Pinang Buli PKR – Gerakan

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pemecatan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) yang dilantik Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai satu tindakan membuli PKR.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata situasi tersebut juga menunjukkan PKR Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa sebenar sehingga tidak berani berdepan dengan DAP.

Beliau mendakwa pengerusi JKK Kampung Juru di Simpang Ampat dekat sini dipecat berkuat kuasa 1 Jun lepas.

“Dalam isu pemecatan ini, disebabkan pengerusi JKKK ini tidak mahu menyertai DAP, maka dia dipecat oleh kerajaan negeri DAP dan saya percaya banyak lagi kes yang telah dan akan berlaku pada masa depan, dan ini merupakan sebahagian kecil daripadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oh juga mendakwa berlaku pembekuan peruntukan di kawasan PKR sebelum ini.

“PKR Pulau Pinang tiada kuasa sebenar, mereka tidak berani berkonfrontasi dengan DAP Pulau Pinang dan jika PKR  terus mendiamkan diri, maka tidak mustahil akan berlaku beberapa kerusi dewan undangan negeri dan parlimen milik PKR akan dirampas DAP dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Oh Tong Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K’jaan P.Pinang Perjelas Masalah Penganjuran Maraton

28/11/2017
0

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini dituntut supaya memberi penjelasan berhubung penganjuran larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau...

Gerakan Mahu P.Pinang Utamakan Isu Banjir Kilat

03/11/2017
0

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri pimpinan DAP sepatutnya memberi keutamaan kepada masalah paling serius yang dihadapi rakyat dengan menyelesaikan masalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd