• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selar DAP Mahu Jadi P.Pinang Bandar Kristian

oleh
15/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS secara terbuka mengutuk keras tindakan biadab kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP yang dikatakan berhasrat mahu menjadikan negeri tersebut selepas ini sebagai Bandar Kristian.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan menerusi satu kenyataan mendakwa, langkah pihak parti sekular cauvinis itu berani meminda perlembagaan negeri adalah isyarat jelas kepada usaha jahat tersebut.

Beliau malah menyifatkan dakwah Kristianisasi bakal menjadi lebih radikal melalui gerakan Evangelist agama itu yang sedang giat beroperasi sekali gus menjadikan Pulau Pinang muncul sebagai sebuah Bandar Kristian.

Ia secara tidak langsung ujar Nasruddin lagi, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sejak negara mencapai kemerdekaan sudah memuktamadkan bahawa Islam sebagai agama persekutuan.

“Agama lain boleh diamal oleh penganutnya secara aman namun untuk sebar apatah lagi menubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan perlembagaan,” tegasnya.

Nasruddin turut melahirkan perasaan kecewa apabila mendakwa malangnya, ada segelintir Muslim pula tergamak mempertahankan agenda DAP itu hanya kerana mengejar ganjaran dunia yang bersifat sementara.

“Mereka sudah hilang sensitiviti. Tiada langsung harga diri. Akidah boleh pula ditukar nilainya dengan wang dan pangkat. Bangkitlah Ummah!” tambah beliau sebagai merujuk pihak tertentu tidak dinyatakan tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan luahan Nasruddin itu, ramai penganalisis politik tempatan melihat wakil PKR dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang yang jelas tidak berbuat apa-apa dengan tindakan DAP selama ini.

Secara kebetulan, Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut dianggotai PKR selain serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu serpihan UMNO iaitu PPBM manakala PAS pula kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera.

Umum mengetahui DAP selama ini sering mencampuri urusan hal ehwal Islam di Pulau Pinang termasuk pernah mengeluarkan arahan kepada masjid tertentu untuk memperlahankan laungan azan pada waktu Subuh.

Baru-baru ini PAS Pulau Pinang mendedahkan tindakan DAP mengarahkan semua fatwa diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diteliti sebelum boleh dipersembahkan untuk pewartaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa tahun lalu, seorang bekas aktivis DAP Melayu Pulau Pinang membongkar rahsia parti itu pernah rancang menjadikan Kristian sebagai agama rasmi jika memerintah Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPKristianNasruddin HassanPASPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd