• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olivia Newton John & Fenomena Grease

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN 1978 filem Grease menjadi fenomena. Lagu runut filem ini dimainkan di mana-mana. Malah, radio RTM yang sukar menyiarkan lagu Barat pada era itu, turut dilanda kegilaan pada lagu Grease. Jadi, pagi petang, malah siang malam, lagu Grease sentiasa berputar.

Secara sejarah, filem Grease sangat berjaya. Malah hingga kini jualan sountrack filem ini kekal sebagai kedua paling laris dalam sejarah industri filem. Paling laris soundtrack filem Saturday Night Fever.

Grease ditayangkan pada 1978 ketika era pawagam konvensional. Setiap satu panggung dengan lima ke enam jadual tayangan sehari. Di negara ini, Grease ditayangkan di rangkaian Rex.

Apa istimewa Grease? Tentulah lagu dan tariannya.

Apa yang buat penonton berulang ke pawagam?

Olivia Newton John & Fenomena Grease

Tentulah kerana Olivia Newton John!

Olivia berusia 30 tahun ketika melakonkan watak Sandy. Di sisi aktor kacak John Travolta sebagai Danny.

Olivia sangat cantik, hingga nampak sebaya dengan watak Sandy gadis high school. Waktu itu, Olivia baru mencipta nama di Hollywood sebagai penyanyi. Dia berhijrah ke Los Angeles dari Australia.

Olivia Newton John & Fenomena Grease
Olivia Newton John

Olivia hanya muncul dalam Grease, satu-satunya filem dalam sejarah empat dekad bergelar artis. Olivia sangat sukses sebagai penyanyi. Dia memiliki rekod jualan 100 juta salinan melalui 11 album yang direlis.

Sepanjang zaman, dia dikenang sebagai bintang comel yang digilai remaja selepas muncul dalam Grease.

Cantiknya Olivia membuatkan remaja berulang-alik ke pawagam. Grease bukan lagi aksi tarian luar biasa atau senarai lagu-lagu rock & roll berlatar era lima puluhan, tetapi semua terpaku melihat cantiknya Olivia.

Apabila media menyiarkan berita Olivia berusia 30 tahun ketika filem itu direlis 1978 (lahir 26 September 1948), peminat remaja mengamuk. Beranggapan usia itu palsu. Wajahnya sebagai Sandy terlalu comel untuk mencecah tiga puluhan.

Begitulah fenomena Olivia pada era Grease.

Olivia Newton John & Fenomena Grease

Olivia Newton John & Fenomena Grease

Cuma tahun 1992, peminatnya gempar apabila Olivia disahkan kanser. Dibedah dan kehilangan payu daranya. Peminat mengaguminya; terasa seperti dia masih Sandy – remaja comel dalam filem Grease.

Setelah pulih, Olivia menubuhkan Cancer Wellness & Research Centre di Melbourne. Dedikasi khas bagi usaha rawatan kanser. Sesuatu yang bukan luar biasa kerana dia sendiri melalui derita sebagai pengidap kanser.

Semalam sekali lagi gempar apabila Olivia mengumumkan pada usia 68 tahun, diri sekali lagi disahkan kanser. Malah, kali ini dirawat di hospital yang ditubuhkannya.

Semoga segera pulih Olivia. Dia tetap Sandy, gadis high school yang comel dalam Grease. Dia memang fenomena. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: FILEMgreasehollywood
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd