Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Jangan Ambil Kesempatan Politik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar pihak yang mengambil kesempatan...

Minta Kakitangan Kerajaan Potong...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu lebih banyak...

31,476 Pekerja Diberhenti Sejak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31,476 pekerja terlibat dalam pemberhentian kerja bagi tempoh 1...

LZS Agih RM509,880 Kepada...

KUALA LUMPUR - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan wang zakat berjumlah...

OIC Gesa Qatar Hormati Komitmen Perjanjian GCC

KUALA LUMPUR – Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Qatar menghormati komitmen dan perjanjian yang ditandatanganinya dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), khususnya berkaitan dengan menamatkan sokongan kepada kumpulan pengganas dan aktiviti mereka serta menghentikan hasutan menggunakan saluran media.

OIC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekretariat itu mengingatkan perlunya semua negara anggota termasuk Qatar, menghormati prinsip-prinsip Piagam OIC.

Piagam berkenaan menggariskan semua negara anggota perlu mematuhi semangat kejiranan, menghormati kedaulatan, kebebasan dan integriti wilayah negara-negara anggota, serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu, Sekretariat Am mengikuti perkembangan semasa di rantau Teluk, termasuk tindakan beberapa negara anggota OIC memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar.


Menurut laporan, empat negara Arab iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dengan mendakwa negara itu memberi sokongan kepada kumpulan militan, hanya dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa negara-negara Islam turut memerangi keganasan.

Laporan itu menyebut empat negara berkenaan mengambil langkah terselaras memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, diikuti Yaman, kerajaan timur Libya dan Maldives yang turut mengambil langkah sama. – BERNAMA

Kategori