Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tambang Bas Ekspres Sempena...

KOTA KINABALU: Kadar tambang bas ekspres di Sabah menjelang musim perayaan Hari Raya...

MU Menang, Penyokong Chelsea...

PENYOKONG Chelsea menyalahkan pasukan kesayangan mereka selepas Manchester United menang bergaya dalam perlawanan...

AS Perlu Nilai Balik...

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat perlu menilai semula keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai...

Video: Lagi Gadis Kelantan...

SEBUAH lagi video yang memaparkan aksi pergaduhan melibatkan 'gadis Kelantan' kini menjadi viral...

Nasib Ibrahimovic Diketahui Minggu Depan

MASA depan Zlatan Ibrahimovic di Manchester United bakal menjadi lebih jelas pada minggu depan.

Pemain berusia 35 tahun itu yang mengalami kecederaan lutut yang serius pada April, akan tamat kontrak akhir bulan ini.

Dia tidak mungkin cergas sepenuhnya sehingga awal 2018 tetapi kontraknya mungkin dilanjutkan.

Menurut ESPN, Liga Perdana Inggeris akan mengeluarkan senarai penangguhan setiap kelab dan senarai itu akan diumumkan minggu depan.

Maklumat yang diserahkan oleh United harus menjelaskan sama ada Ibrahimovic akan dilepaskan, telah ditawarkan perjanjian atau bersetuju dengan kontrak baru.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian Ibrahimovic ke Old Trafford musim panas lalu, United mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak semasa dirinya untuk 12 bulan lagi.


Ibrahimovic cedera dalam perlawanan suku akhir Liga Europa menentang Anderlecht, April lalu.

Dia telah menjalani pembedahan bulan lalu dan Dr Freddie Fu, yang menjalankan pembedahan mendakwa lututnya adalah kuat dan luar biasa.

Ibrahimovic juga telah memberikan kemas kini tentang kemajuannya semalam, dengan memuat naik video di Instagram. – mStar Online

Kategori