• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kunjungi Bazar Ramadan Paroi Jaya

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkunjung ke Bazar Ramadan berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini.

Beliau yang tiba pada kira-kira 5 petang dengan diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai.

Kehadiran Najib ternyata menarik perhatian orang ramai dan ada yang mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Dalam kunjungan itu, Najib dilihat membeli ayam golek, kuih-muih tradisional, otak-otak dan lauk-pauk kampung.

Perdana menteri turut mengagihkan bubur lambuk bersempena program Kembara Negaraku, kepada pengunjung bazar.

Kemudiannya, Najib menghadiri majlis perasmian Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan peringkat Negeri Sembilan di Masjid Paroi Jaya, dekat sini.

Bazar Ramadan yang popular dalam kalangan penduduk setempat itu menempatkan lebih 100 peniaga. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd