• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gembira Prestasi Kukuh Ekonomi Malaysia

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau gembira dengan prestasi kukuh ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun ini.

Bercakap pada Mesyuarat Majlis Eksport Negara di sini hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.6 peratus dengan penggunaan swasta tinggi dan pelaburan sebagai pemacu utama pertumbuhan disokong oleh prestasi bertambah baik sektor luar.

“Malaysia terus mencatatkan lebihan perdagangan sebanyak RM18.9 bilion,” katanya.

Najib berkata kedua-dua eksport dan import berkembang pada 21.4 peratus dan 27.7 peratus, masing-masing kepada RM224.7 bilion dan RM205.8 bilion, dalam suku pertama 2017.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang dilantik sebagai anggota Majlis Eksport Negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd