• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Kahwin, Baru Tahu Perangai Sebenar Suami…

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KITA takkan tahu perangai sebenar pasangan kita sebelum tidur sebantal, itulah yang dirasai oleh pelakon Mia Ahmad kini.

Kata Mia, selepas berkahwin baru dia tahu perangai sebenar suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Kata Mia, 29, dia tidak sangka suaminya suka memasak dan membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia.

“Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah,” kata Mia, lapor mStar Online. 

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Mia masih belum berkesempatan untuk berbulan madu walaupun selepas tujuh bulan bernikah disebabkan jadual pasukan bola sepak suaminya yang padat.

Malah, pasangan ini hanya dapat menyambut hari raya bersama selama dua hari sahaja di kampung halaman Mia di Taiping.

“Tahun pertama kami beraya bersama tapi Izham tak dapat cuti lama. Raya kedua saya dah hantar dia ke lapangan terbang untuk perlawanan seterusnya.

“Sejak kami berkahwin, jadual suami terlalu padat sebab itu belum ada masa nak pergi berbulan madu. Tapi inilah cabaran berkahwin dengan pemain bola sepak dan saya kena terima.

“Tapi Insya-Allah bulan Ogos atau penghujung tahun ini suami ada cuti panjang, bolehlah pergi berjalan-jalan,” ujar Mia yang pasang niat ke Maldives. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Mia Ahmadpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd