Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

5 Pasangan Islam Mohon...

KUALA LUMPUR - Lima permohonan cerai diterima daripada pasangan Islam dalam tempoh satu...

Kerajaan PH Lepasi Tahap...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melepasi tahap lulus dalam usaha...

“Seriously IKEA JB Ke...

GEDUNG IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk Johor akhirnya telah dibuka...

Najib Ajak Rakyat Tuntut...

Dari Facebook Najib RazakSAYA baca ramai komen yang minta saya desak kerajaan PN...

Mayat Pasangan Kekasih Ditemukan Reput, Berulat

BUKIT MERTAJAM – Misteri bau busuk daripada sebuah rumah di Blok B, Flat Bayu Mutiara di sini terungkai apabila polis menemukan mayat sepasang kekasih yang sudah reput di dalam bilik rumah berkenaan semalam.

Mayat Sim Hun Khong, 47, dan teman wanitanya Tan Soo Sim, 35, ditemukan selepas jiran mereka membuat laporan polis berhubung bau busuk dari rumah pasangan berkenaan kira-kira 3.50 petang.

Pasangan kekasih yang bekerja sebagai operator kilang dan kerani sebuah syarikat pengiklanan itu tinggal bersama sejak lima tahun lepas di situ dan dalam perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.

Seorang jiran lelaki yang mahu dikenali sebagai Wong, 30-an berkata kali terakhir beliau melihat pasangan tersebut pada Rabu lepas dan selepas itu dia tidak lagi melihat mereka keluar atau masuk ke rumah berkenaan.

“Mereka jarang bercampur dengan penduduk di sini dan sejak Khamis beberapa jiran di sini mengadu bau busuk dari rumah mereka dan kami yang curiga dengan bau berkenaan bertindak melaporkan kepada pengurusan flat sebelum seorang penduduk melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis terpaksa memecahkan pintu rumah pasangan itu kerana ia berkunci dari dalam dan pemeriksaan menemukan mayat mereka dalam keadaan terbaring atas katil di bilik utama kediaman tersebut.


“Polis turut menemukan dua dapur arang di sisi katil mereka dan dipercayai punca kematian kemungkinan disebabkan asap dari pembakaran arang di dalam bilik yang menyebabkan mereka sesak nafas.Keadaan mayat telah berulat disyaki mereka telah mati lebih tiga hari,” katanya.

Katanya pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemukan dua pucuk surat dalam bahasa Mandarin dan dipercayai pasangan kekasih berkenaan bertindak sedemikian kerana berhutang lebih RM100,000 dengan along serta gagal untuk membayarnya.

Beliau berkata mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan setakat ini polis klasifikasikannya sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut mengenai punca mereka berbuat demikian berpandukan surat yang ditinggalkan masih dijalankan. – BERNAMA

Kategori