• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Perlis Bantu Usahawan Bumiputera

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membantu usahawan Bumiputera merebut peluang ekonomi daripada projek-projek berimpak tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) menerusi projek pembangunan negeri yang dirancang kerajaan Perlis.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulfikri Osman berkata pihaknya mengikuti setiap perkembangan projek pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) khususnya sebagai hab logistik di samping Bandar Kangar dan Kuala Perlis.

“Dalam hubungan ini, Mara akan terus bekerjasama dan menyokong hasrat kerajaan negeri…kini kita giat mengenal pasti usahawan-usahawan berpotensi untuk diberi latihan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih bersama Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail serta jabatan-jabatan kerajaan peringkat negeri di Dewan 2020.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari serta anggota-anggota Exco kerajaan negeri turut hadir.

Zulfikri berkata Mara menyediakan ekosistem pembangunan keusahawanan yang lengkap meliputi pelbagai jenis bantuan kewangan mengikut keperluan usahawan serta pembangunan dan latihan modal insan bermula sebelum mereka menjadi usahawan dan setelah menceburi bidang tersebut.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan bantuan Skim Pembiayaan Mudah Jaya dan Skim Kontrak Ekspres Mara berjumlah lebih RM700,000 kepada lima usahawan Perlis.

Tuanku Tengku Fauziah pula berkenan menyampaikan surat tawaran memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau kepada enam anak asnaf di Perlis serta sumbangan kepada golongan miskin sempena Ramadan.

Menurut Zulfikri, MRSM Arau yang bakal beroperasi Julai ini akan mengambil kumpulan pertama seramai 150 pelajar tingkatan satu dan 150 pelajar tingkatan tiga. MRSM itu ialah yang kedua di Perlis selepas MRSM Beseri di Kangar. – BERNAMA

Tags: MARAPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd