• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majalah AS Minta Maaf Fitnah Selebriti Dengan 1MDB

oleh
11/06/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Apa sudah jadi? Setelah kantoi, pembangkang mungkin kena fikir semula strategi mereka yang kecoh berhubung ‘angin’ skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini ekoran kumpulan media terkemuka Amerika Syarikat (AS) akhirnya sudah mengaku bahawa ia berbohong berkaitan laporan mengenai kononnya pereka fesyen Hollywwod, Kimora Lee Simmons ada kaitan dengan 1MDB.

Tuduhan jahat tersebut mendakwa wanita berkenaan mendapat banyak manfaat daripada skandal yang dicipta pembangkang Malaysia itu dan asalnya dibuat portal Sarawak Report di London untuk mensensasikan kisah 1MDB.

Ini kerana Kimora Lee merupakan pereka fesyen yang meningkat naik di Hollywood. Artikel jahat itu ditulis Richard Johnson dan disiarkan pada 24 Mei lalu bertajuk ‘Kimora Lee Simmons’ fashion line at centre of corruption probe’.

Namun majalah Page Six milik akhbar terkemuka The New York Post memohon maaf secara rasmi kepada Kimora Lee, 42, dan menarik balik laporan yang mendakwa jenama fesyennya dikaitkan dengan satu kes 1MDB di Malaysia.

Menurut portal Hollywood Reporter, laporan Page Six pada 7 Jun lalu memaparkan satu nota ralat pengarang menerusi laman web itu berkata: “Simmons menasihatkan kami mengenai beberapa kenyataan yang tidak benar.

“Ia khususnya: jenama fesyen beliau dibiayai dirinya; syarikatnya meraih keuntungan; ia menjual produknya di pelbagai gedung; dan beliau atau syarikatnya memang tiada kaitan dengan apa jua “siasatan rasuah” di Malaysia.

“Kami memohon maaf kepada Simmons atas sebarang kesilapan,” menurut kesimpulan kenyataan majalah tersebut yang turut dipetik pelbagai media lain kerana dianggap cuba memalukan imej aktres kacukan Jepun-Amerika itu.

Hollywood Reporter melaporkan Kimora Lee amat berang dengan artikel tohmahan itu apabila didakwa konon bekas suaminya, Tim Leissner yang juga mantan pegawai bank Goldman Sachs; ada membiayai bisnes fesyennya.

Sebaliknya Kimora Lee yang juga aktres dan model profesional sejak berusia 12 tahun, menyatakan bahawa semua urusan perniagaannya selama ini adalah hasil daripada usaha gigih dirinya sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBSarawak Report
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantuan Khas RM1,000 Untuk Penjawat Awam Johor

Next Post

Kes Pukul: Wanita Vietnam, 3 Lelaki Direman 4 Hari

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Kes Pukul: Wanita Vietnam, 3 Lelaki Direman 4 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd