• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut

oleh
17/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mahkamah Tinggi Kuching di sini hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dan tidak melanggar perlembagaan negeri itu.

Keputusan di luar jangkaan yang diumumkan sendiri oleh hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun sekali gus bakal menyaksikan tiada pilihan raya kecil di kerusi bandar raya Miri tersebut diadakan pada 4 Julai depan.

Tiong Choon yang diwakili pasukan lapan peguam diketuai oleh peguam kanan, Chong Siew Chiang memohon supaya perisytiharan bahawa perlucutan kelayakannya sebagai ADUN Pujut yang dipilih sewajarnya ditarik balik.

Bekas ADUN tersebut memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar kesahihan pemecatannya menerusi usul khas oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 12 Mei.

Beliau dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Dr. Wong Soon Koh di DUN kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, kerusi Pujut diisytiharkan sebagai telah kosong mengikut Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri dan keputusan rasmi tersebut juga adalah muktamad.

Pada pilihan raya negeri 2016, Tiong Choon yang mewakili DAP menang dengan majoriti 1,759 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong selain calon PAS, Jofri Jaraiee dan calon bebas, Fong Pau Teck.

Keputusan mahkamah itu adalah tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Piihan Raya pada 20 Jun manakala 4 Julai sebagai hari mengundi jika ada pertandingan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pujutsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd