• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WARTAWAN TV AlHijrah, Syafiq Azman memaklumkan, kejadian letupan bom tidak jauh dari kawasan penginapan misi bantuan kemanusian Malaysia di Mogadishu mencetuskan rasa panik.

“Bom meletup sekitar 8.30 pagi. Dentuman yang kuat dan rasanya sangat dekat dengan hotel penginapan,” katanya melalui pesanan WhatsApp.

“Kami agak panik kerana bunyi letupan seperti di luar hotel. Namun, kemudian dimaklumkan jarak kejadian serangan bom kereta agak jauh sedikit dari hotel penginapan,” katanya.

Menurut Syafiq, kejadian serangan bom itu berjaya dipintas Tentera Somalia. Penyerang lari meninggalkan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan apabila dikejar pasukan bersenjata.

“Bom diletupkan pihak tentera tidak lama kemudian. Cuma tidak pasti bagaimana cara ia diletupkan,” katanya.

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

Sejak kejayaan Tentera Kesatuan Afrika (AU) menghalau militia Al Shabab keluar dari Mogadishu tiga tahun lalu, siri serangan hendap penembak curi, serta serangan bom kereta dan pengebom bunuh diri menjadi ancaman berulang sekitar Mogadishu.

“Pekerja hotel nampak tidak panik. Letupan bom dan kejadian tembak menembak satu keadaan biasa sejak 1991,” kata Syafiq.

Syafiq menyertai misi bersama empat aktivis Islamic Relief Malaysia (IRM) yang meninjau secara dekat keperluan enam juta mangsa kebuluran di Somalia.

IRM pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, akan berada di Mogadishu hingga 6 Jun ini dalam misi mengagihkan dana kutipan Tabung Rayuan Afrika Timur sumbangan rakyat Malaysia.

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

Selain enam juta penduduk Somalia yang kebuluran, IRM turut membantu 12 juta lagi penduduk majoriti Islam yang turut dilanda krisis kebuluran di Sudan, Ethiopia dan Kenya.

“Selepas serangan bom pada awal pagi, satu siri pertempuran senjata turut mengejutkan kami. Bunyi berbalas tembakan kedengaran pada sebelah malam. Ia lebih hampir dengan hotel,” katanya.

Misi TV AlHijrah dan IRM turut menumpukan laporan media bagi Berita AlHijrah setiap 8.00 malam. Kempen ini bagi membolehkan rakyat Malaysia melihat secara dekat krisis kebuluran di Afrika.

IRM melancarkan Tabung Rayuan Afrika Timur mulai April lalu. Derma bagi membantu 18 juta mangsa kebuluran boleh disalurkan ke akaun yang disiarkan. – MYNEWSHUB.CC

Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd