• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bogel Cuba Ceroboh Rumah Guru Dibelasah Teruk

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki berusia 21 tahun teruk dibelasah oleh orang awam gara-gara menceroboh masuk sebuah rumah di sini tanpa seurat benang dalam kejadian di Taman Kuching City Mall, Padawan.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 9.30 malam Rabu itu, suspek dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian sedang menunggang sebuah motosikal dan cuba mencari peluang untuk menceroboh rumah berkenaan.

Menurut saksi, iaitu seorang guru berusia 44 tahun, dia telah mendengar seorang lelaki membuat bising di luar rumahnya lalu cuba menjenguk melalui tingkap.

“Apabila menjenguk ke bawah, saya dapat melihat dengan jelas seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di sebelah motosikal dalam keadaan berbogel,” katanya  yang memetik laporan sebuah akbhar tempatan.

Dia kemudian memberitahu anaknya tentang individu tersebut yang telah berada di hadapan pintu rumah mereka dan segera menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui kawasan perumahan itu telah menyedari kehadiran suspek, menyebabkan lelaki itu dibelasah sebelum ditangkap.

Penduduk kemudian mengikat kaki dan tangan suspek menggunakan tali sebelum menyerahkannya kepada pihak polis yang dihubungi penghuni rumah terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu suspek berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan.

“Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” jelasnya

“Polis masih menyiasat motif pencerobohan dan tidak menolak suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya lagi. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar di bawah sekadar hiasan…

Tags: belasahJenayah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

10/05/2025
0

SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Lima parah akibat dibelasah beramai-ramai dalam kejadian di Paroi, di sini awal pagi semalam, dipercayai menjadi mangsa...

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

01/02/2024
0

Kuala Pilah : Bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya menggunakan objek,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd