• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 500 Majikan Ditahan Mengupah PATI

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen telah menahan seramai 566 majikan kerana mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata mereka ditahan atas kesalahan melindungi serta menggaji PATI mengikut Seksyen 56 (1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam tempoh yang sama, seramai 19,968 PATI yang melakukan pelbagai kesalahan turut ditahan.

Katanya, daripada jumlah itu, warganegara Indonesia dan Bangladesh adalah jumlah tertinggi iaitu masing-masing 7,490 orang dan 4,065 orang.

Selain dikenakan hukuman, katanya, aset majikan juga boleh dibekukan sekiranya didapati bersalah.

“Trend sekarang ialah majikan ambil PATI bekerja kerana mereka boleh bayar gaji lebih murah berbanding orang tempatan…ini kerana mereka hanya fikirkan keuntungan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mustafar berkata antara kesalahan yang sering dilakukan oleh PATI ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan sosial, dokumen palsu dan pemegang kad yang tidak diiktiraf serta lain-lain kesalahan.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira kecil atau besar kesalahan yang dilakukan, ” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta majikan mendaftarkan PATI untuk mendapatkan kad sementara ‘Enforcement Card’ atau E-Kad sebelum 30 Jun ini atau berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.

Program E-Kad bertujuan memenuhi permintaan majikan bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang dibenarkan dan kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Feb 2018.

Program yang diperkenalkan pada 15 Feb lalu itu dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Pengeluaran E-Kad dilakukan oleh Jabatan Imigresen bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula PATI secara sah. – BERNAMA

Tags: majikanPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd