• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM, MARA Komited Sertai Inisiatif Negaraku

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertai inisiatif Negaraku sebagai komitmen memupuk semangat patriotik di dua agensi kerajaan itu.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif Negaraku itu, KKM dan MARA akan memaparkan logo Negaraku di kenderaan serta pemakaian lencana logo pada uniform kakitangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan kerjasama inisiatif Negaraku itu di sini hari ini, melekatkan logo Negaraku pada bas milik KKM dan MARA sebagai simbolik permulaan kerjasama berkenaan.

Hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Pengerusi Inisiatif Negaraku Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Inisiatif Negaraku yang diilhamkan Najib bertujuan untuk memupuk semangat patriotik di seluruh negara.

KKM dalam kenyataannya berkata sebagai permulaan, kementerian itu akan memaparkan pelekat Negaraku di kenderaan seperti ambulans dan klinik bergerak.

KKM akan memasang pelekat Negaraku di semua kenderaan kementerian secara berperingkat di seluruh negara selain lencana logo Negaraku diedarkan secara berperingkat kepada semua anggota kesihatan beruniform di KKM sebagai tanda simbolik KKM menyokong penuh inisiatif Negaraku, katanya.

KKM juga menetapkan penggunaan #SihatNegaraku sebagai hastag rasmi KKM pada tahun ini.

MARA dalam kenyataannya berkata agensi itu akan memaparkan logo Negaraku di perkhidmatan MARA Liner Sdn Bhd melalui 51 buah bas ekspres, 237 bas luar bandar dan 1,700 kenderaan rasmi dari 533 buah pusat pentadbiran MARA dalam dan luar negara, termasuk Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Ismail Sabri berkata MARA akan melaksanakan program-program khusus bagi menanam semangat dan kecintaan terhadap negara.

Untuk menyemai semangat Negaraku di kalangan komuniti MARA, beliau berkata inisiatif itu akan melibatkan 7,228 peniaga bimbingan MARA dan setiap program tanggungjawab sosial korporat MARA (CSR).

“Semua agensi dan premis di bawah KKLW akan guna logo Negaraku secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu. – BERNAMA

Tags: KKMMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd