• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesemua Lapan Mangsa Kemalangan Sudah Dituntut

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Kesemua lapan jenazah mangsa kemalangan ngeri di Km 25 Jalan Bahau-Keratong semalam telah dituntut oleh keluarga masing-masing di rumah mayat Hospital Jempol di sini hari ini.

Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan itu dituntut oleh keluarga mereka pada 5.20 petang tadi dan dibawa dengan empat van jenazah untuk disemadikan di Jelawat, Bachok, Kelantan.

Jenazah dua lagi iaitu pasangan suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32 pula dituntut keluarga masing-masing pada 1.50 tengah hari.

Allahyarham Osman disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Bangi, Selangor manakala Allahyarham Rosniza dikebumikan di Kampung Sungai Padang, Endau Mersing, Johor.

Dalam kejadian 2.20 petang semalam yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler, lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Enam sekeluarga itu yang menaiki Proton Exora ialah pemandu W Mohd Fauzi W Mohd Ibrahim, 52, isterinya Masnoraida M Yussof, 44 dan empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21; W Athira, 18; W Mohd Ammar Haziq, 13 dan W Nur Aiesya, 7.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora tersebut terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu Osman dan Rosniza, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd