• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: 16 Jun Ditetapkan Pengurusan Kes

oleh Ahmad Albab
08/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes dua wanita asing yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jun ini.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohamad Nasrudin Mohamed pada 9 pagi tadi.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, mewakili warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, mengesahkan perkara itu dan berkata kedua-dua tertuduh akan dibawa ke mahkamah pada hari berkenaan.

Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan didakwa bersama empat orang lagi yang masih bebas, membunuh Kim Chol, 45, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Februari lepas.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.

Pengakuan mereka akan direkodkan semasa sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Dilaporkan bahawa Jong-nam berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair toksik yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau datang ke Malaysia pada 6 Feb. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahKim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd