• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli: Kertas Siasatan Pukul Remaja Hampir Siap

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan remaja lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu lepas, hampir siap, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar.

Beliau berkata sehingga kini polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu termasuk doktor yang merawat mangsa.

“Reman terhadap lima remaja berusia 17 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu tamat hari ini dan kami telah mendapatkan perintah sambung reman iaitu sehari bagi dua pelajar tingkatan lima manakala tiga rakan mereka sehingga Jumaat ini.

“Polis akan lengkapkan siasatan dengan merekodkan beberapa lagi keterangan saksi dalam tempoh terdekat sebelum kami serahkan kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera parah diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.

Anuar berkata mangsa masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan doktor mengesahkan mangsa mati otak.

“Doktor memaklumkan kesan kecederaan pada dubur mangsa adalah kerana dimasukkan objek tumpul seperti kayu atau botol dan kesan terbakar di belakang badan disebabkan dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.

Beliau turut meminta keluarga mangsa membuat laporan polis jika diugut oleh suspek yang ditahan atau keluarga mereka seperti didakwa keluarga remaja lelaki berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Anuar berkata beberapa lelaki daripada tujuh suspek yang direman dalam kes pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata suami wanita itu menggunakan khidmat kumpulan kongsi gelap untuk memukul pemandu Uber berusia 29 tahun itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa lepas, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam itu ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Georgetown. – BERNAMA

Tags: ACP Anuar Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia?

Next Post

Gambar Menteri Indonesia Tertidur Jadi Tular

Related Posts

Sampel Kopi Telah Dihantar Ke Jabatan Kimia

06/02/2018
0

GEORGE TOWN - Sampel dua jenis kopi keluaran syarikat sama yang didakwa menyebabkan tujuh individu mendapat rawatan di Hospital Pulau...

Wanita Ditahan Pukul Ibu Guna Mangga Pintu

20/12/2017
0

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian dia memukul ibunya dalam insiden di rumah mereka...

Next Post

Gambar Menteri Indonesia Tertidur Jadi Tular

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd