• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kedah Nafi Beri Bonus 3 Bulan Gaji

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan penyebaran kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan ia tidak lebih untuk memburukkan imej kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ni, Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus),” katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan buat balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Seramai 109 orang balu, 75 anak yatim dan 36 anak istimewa menerima bungkusan hamper makanan dan duit raya yang disumbangkan Pejabat Menteri Besar Kedah.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco pada 14 Jun ini.

“Kita akan ikut apa yang diumumkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan ikut RM500 dan juga pesara RM250. Apa pun perincian, kita akan umum lepas mesyuarat exco akan datang dan pembayaran akan dibuat sebelum Syawal.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.4 juta bagi menyediakan bantuan hari Raya kepada tok mudim kampung, guru Al-Quran , tukang mandi jenazah, dan bidan kampung,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meraikan mereka dalam satu majlis berbuka puasa dan setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM200 seorang.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah meminta pihak polis agar meningkakan pemantauan dan kawalan terrhadap penjualan dan aktiviti bermain mercun agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. – BERNAMA

Tags: BonusKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd