• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan BN Mesra Pelabur, Terus Alu-Alukan FDI

oleh Ahmad Albab
20/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan kekal menjadi kerajaan yang mesra pelabur, menjadikan Malaysia destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata Malaysia akan terus mengalu-alukan para pelabur dari luar negara, dan untuk bekerja dengan kalangan peniaga Malaysia demi untuk manfaat pelabur dan juga rakyat tempatan.

“Sama ada pelaburan itu adalah dari China, Jepun, Arab Saudi, Amerika Syarikat atau Singapura, mereka menambah nilai kepada ekonomi kita, mewujudkan lebih banyak kerja, membawa teknologi-teknologi baharu. Anda pastinya amat dialu-alukan untuk melabur di Malaysia,” katanya semasa merasmikan upacara pecah tanah bagi pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) dan Mitsui Shopping Park LaLaport KL (LaLaport KL) di sini.

Najib berkata perbadanan global yang lain dari seluruh dunia akan dapat melihat bahawa Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan menarik.

Memberikan contoh syarikat seperti Mitsui Fudosan, yang telah membangunkan Mitsui Outlet Park yang pertama dekat Lapangan Terbang Antarabangsa KL secara usahasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad pada 2015 dan peluasan fasa kedua yang dijadual dibuka pada awal tahun depan, Najib berkata pelaburan berterusan sedemikian merupakan bukti keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang Malaysia.

Perdana menteri berkata pelabur juga perlu menolak apa yang dikatakan oleh pembangkang mengenai FDI kerana dakwaan mereka adalah semberono, tidak berasas dan berunsur perkauman.

“Bagi kerajaan ini, kami akan terus menjadi kerajaan yang mesra pelabur,” katanya.

BBCC, di kawasan seluas 9.4 ekar (3.8 hektar) yang sebelum ini merupakan lokasi Penjara Pudu, akan dibangunkan sebagai pusat perniagaan dan gaya hidup bersepadu.

LaLaport KL, yang merupakan komponen utama pembangunan dengan kawasan untuk sewaan seluas 0.9 juta kaki persegi, akan menjadi pusat beli-belah barangan berjenama pertama LaLaport KL di Asia Tenggara apabila dibuka pada 2021.

Najib berkata BBCC merupakan pembangunan peringkat negara yang signifikan kerana ia adalah contoh kejayaan kerjasama awam-swasta yang kerajaan sentiasa galakkan.

Perdana menteri berkata beliau gembira kerana projek BBCC bersama-sama Mitsui Mall yang hebat, merupakan satu lagi contoh kejayaan Program Transformasi Ekonomi dari segi menarik pelaburan asing dan pada masa yang sama membantu syarikat Malaysia untuk tumbuh dan berkembang maju.

“Saya yakin pembangunan ikonik ini akan menarik kedatangan orang dari jauh dan dekat, dan dengan rakan-rakan pelabur kita dari Jepun yang menjalin usahasama dengan pemaju-pemaju Malaysia, saya yakin BBCC akan berjaya menaikkan imej Kuala Lumpur sebagai metropolis moden di peringkat antarabangsa,” katanya.

BBCC Development Sdn Bhd, pemaju BBCC, ialah sebuah konsortium terdiri daripada tiga syarikat iaitu syarikat berkaitan kerajaan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), yang merupakan pemilik tanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemaju hartanah EcoWorld Group. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd