• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenakan Cukai Hanya Pada Pelancong Luar – PCM

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cukai Pelancongan yang bakal dilaksana dicadangkan hanya dikenakan kepada pelancong dari luar negara sahaja.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, ia sejajar dengan slogan kerajaan iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Bagi pihak PCM, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi pertimbangan agar cukai ini dijalan dalam dua fasa.

“Dalam fasa pertama cukai ini dilaksanakan, ianya hanya dikenakan keatas pelancong dari luar negara sejajar dengan slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi fasa kedua katanya,  sebelum pelaksanaan cukai berkenaan satu sesi townhall perlu diadakan agar persetujuan bersama antara pemain industri dapat dicapai.

“Fasa kedua Cukai Pelancongan ini boleh dilaksanakan setelah beberapa interaksi serta townhall dilakukan bersama pemain industri dan persatuan hotel dimana persetujuan bersama dapat dicapai.

“Saya berpendapat ini merupakan satu situasi menang-menang bagi semua pihak dan ianya juga dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku diantara beberapa  Menteri Persekutuan dan juga dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam mulai 1 Julai ini.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam mulai 1 Julai ini.

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cukai pelanconganHuan Cheng GuanPCM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Mohon Bahagian Hasil Cukai Pelancongan

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang memohon sejumlah peruntukan hasil cukai pelancongan yang dikutip kementerian untuk digunakan...

Kerajaan Tidak Bercadang Mansuh Cukai Pelancongan

13/10/2018
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mansuh Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap pelancong asing melawat Malaysia, kata Menteri Pelancongan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd