Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

MB Pahang Mohon Semua...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar...

Berusia 92 Tahun, Inilah...

MELIHAT kelibatnya yang masih ligat bekerja di sebuah restoran 24 jam, siapa sangka usia...

Nenek 73 Tahun Gigih...

KUALA NERUS – Walaupun berusia 73 tahun, Fatimah Hassan kelihatan bersungguh-sungguh melalui ujian...

Model Belasan Tahun Pakai...

SEORANG model yang masih remaja belasan tahun, mendapat perhatian ramai apabila dia berjalan...

Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?

PENYOKONG Manchester United diminta tidak kecewa dengan kenyataan pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo kononya bakal beralih arah.

Ini kerana bekas pemain Manchester United ini menegaskan bahawa dia tidak pernah berhasrat untuk kembali ke kelab lamanya itu.

Memetik laporan Metro, Ronaldo dilaporkan tidak akan kembali ke United, kelab Liga Perdana Inggeris yang pernah disertainya pada 2003 hingga 2009.

Pemain dari Portugal ini juga sering dikaitkan dengan perpindahan semula Old Trafford, dengan wakil presiden United, Ed Woodward, turut mengakui Ronaldo menjadi sasaran utama.

Dari segi kos, United juga dilihat keberatan mengeluarkan belanja besar untuk bekas bintangnya itu. Metro melaporkan untuk mendapatkan Ronaldo, mereka memerlukan wang sehingga £150 juta.

Ditambah pula Ronaldo baru saja membawa Real meraih trofi Liga Juara-Juara 2017 dan La Liga, ia dilihat akan terus ‘mengikat’nya di kelab itu.

Dua gol yang dijaringkannya di perlawanan final menantang Juventus melengkapkan koleksi gol sepanjang kariernya menjadi 600.


“Jelas saya mahu kekal di sini. Saya fikir saya akan bersara di Real Madrid,” kata Ronaldo tahun lepas.

Kemudian pada musim panas ini dia berkata mahu bermain sehingga usia 40: “Saya akan bersara dari Madrid apabila saya berusia 40 tahun.

“Saya amat gembira di sini dan saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini.” mStar Online

Kategori