• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keamanan Negara Hasil Jasa Pasukan Keselamatan

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan negara tidak mungkin mampu dicapai tanpa adanya langkah pencegahan awal dan pengorbanan pasukan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata jasa mereka membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian tanpa perasaan bimbang san ia terbukti apabila negara tersenarai dalam kedudukan ke-30 daripada 163 negara paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Dunia.

“Bila kita tengok dalam televisyen, Manchester, Kabul, Jakarta, Marawi (Minandao). Alhamdulillah tak ada Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain disebut.

“Saya gerun setiap kali tengok televisyen, takut berlakunya sesuatu tapi tak berlaku kerana…ia (keamanan) tidak berlaku secara kebetulan…tak berlaku kerana apa? Kerana pengorbanan pasukan keselamatan kita, kerana langkah-langkah yang diambil terlebih dahulu…kita berani buat,” katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Ramadan 2017 bersama Pasukan Beruniform anjuran Pergerakan Wanita UMNO di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Pada majlis berkenaan sebanyak 11,250 pek sumbangan Aidilfitri mengandungi pakaian dan kuih raya diserahkan kepada wakil daripada 13 badan beruniform.

Najib, yang juga Presiden UMNO, melahirkan penghargaan terhadap anggota pasukan keselamatan yang menurutnya rela berkorban dan bertugas walaupun pada hari perayaan.

“Alhamdulillah di Malaysia ini, bila kita sebut nikmat Ramadan, kemanisan Ramadan, tak mungkin kita dapat merasai tanpa wujudnya keamanan dan keselamatan di dalam negara kita ini.

“Inilah kalau dikatakan nilai dan tak mungkin dapat kita bayar pengorbanan tuan puan dengan bungkusan yang kita berikan hari ini. Ia tidak setanding dengan pengorbanan angkatan tentera kita ..tiada ternilai tetapi kita bagi dengan hati yang ikhlas,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa lakukan yang terbaik mengikut kemampuan negara untuk menjaga kebajikan pasukan keselamatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd