• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Keselamatan Negara Terletak Ditangan Rakyat

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan eksremis yang bukan sahaja boleh menggugat keselamatan malah kesejahteraan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keamanan yang dikecapi negara kini membolehkan rakyat khususnya umat Islam menyambut Aidilfiltri dengan keadaan aman dan harmoni.

Katanya tugas-tugas menjaga keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cergas dan pantas untuk melindungi negara daripada ancaman-ancaman di sempadan.

“Hari ini kita melihat bahawa keamanan dan keselamatan (negara) amat terjamin dan tanpa itu, tidak mungkin kita dapat menyambut Hari Raya secara bebas. Saya ingin menyatakan kawalan yang paling selamat adalah daripada rakyat sendiri.

“Kalau rakyat tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan ekstremis, kita dapat menyambut Hari Raya dalam keadaan bebas tanpa rasa gusar dan ketakutan. Inilah mesti kita pertahankan selama-lamanya,” katanya.

Najib berkata demikian dalam temu ramah lintas langsung bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, yang bermula pada 10 pagi hingga 4 petang ini.

Tambah Najib, “Kita dapat merasai dan menikmati kebebasan agak terjamin dengan kawalan keselamatan yang baik pada majlis hari ini. Ia memperlihatkan keamanan negara kita terus terjamin tanpa sebarang insiden tidak diingini”.

Kepada satu soalan, perdana menteri berkata perpaduan merupakan asas penting untuk menjamin keutuhan dan kestabilan politik yang akan memberikan keyakinan kepada semua.

“Kalau negara ini aman dan stabil kerana kita bersatu padu dan menghormati satu sama lain, saya percaya Malaysia merupakan negara yang terus berjaya dan maju,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan rumah terbuka kali ini, Najib menyifatkan sambutannya luar biasa dan menggambarkan ia dengan dua perkataan iaitu ‘ramai dan kepelbagaian’.

“Saya berasa bahawa Rumah Terbuka ini adalah acara yang sangat bermakna kepada rakyat dan kepada saya sebagai perdana menteri sebab hari ini saya dapat membuka pintu Seri Perdana kepada pelbagai kaum. Ini merupakan satu sambutan yang lengkap yang memperlihatkan keceriaan yang spontan.

“Saya diberitahu bahawa orang ramai sedang beratur sehingga ke jalan utama. Saya terharu mereka datang dari jauh dan dekat kerana mahu memastikan hubungan rakyat dan pemimpin terus kukuh sehingga menunggu berjam-jam untuk bersalam dan bermaafan,” katanya.

Najib juga berharap semangat perpaduan dan silaturahim serta semangat cintakan Malaysia bukan sahaja menyerlah pada hari ini, tetapi pada setiap masa kerana ia merupakan sumber kekuatan dalam memacu Malaysia ke hadapan.

Sementara itu, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memuji pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas termasuk di sempadan negara dengan terpaksa berjauhan daripada keluarga pada sambutan hari mulia ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bergaduh sesama sendiri, tetapi sebaliknya sentiasa bermaafan bagi mengeratkan hubungan antara saudara mara dan rakan-rakan.

“Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan keamanan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas MAS, Giliran Proton Bikin Pembaharuan

Next Post

‘Despacito Raya’ Shabery Dapat Sambutan Netizen

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

'Despacito Raya' Shabery Dapat Sambutan Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd