• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Tak Setuju Tak Payah Ambil” – Annuar

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kalau tak setuju tak payah ambil. Usah ungkit soal titik peluh kerana ada yang dapat wang daripada titik peluh dengan prestasi yang tidak seberapa.”

Demikian jawapan balas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung bantahan bekas pemain The Red Warriors (TRW) terhadap tawaran diskaun 50 peratus untuk menyelesaikan tunggakan gaji.

Annuar yang kini bertindak selaku penaja utama TRW berkata, kenyataan pemain terbabit seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia kurang cerdik kerana mendakwa mereka dizalimi dan dipaksa mengemis untuk mendapatkan tunggakan gaji tersebut.

“Mengemis? Siapa suruh mengemis? Kalau nak tunggu KAFA bayar tunggu. Itu hak mereka. Tawaran ini (diskaun 50 peratus) bukan daripada KAFA. Tapi `kita-kita’ (penaja TRW) yang mahu membantu kedua-dua pihak. Zalim ke?

“Tapi jangan lupa ada juga orang yang terpaksa mengeluar titik peluh untuk bola tanpa dapat wang pun tapi sebaliknya mengeluarkan wang untuk anda. Bola sepak Kelantan bukan ditampung dari titik peluh bola sahaja, ada orang kena bekerja di luar padang untuk tanggung yang di dalam padang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas pemain TRW musim 2015 dan 2016 menganggap Annuar selaku penaja utama TRW mengemukakan syarat yang amat pelik dan zalim bagi menyelesaikan gaji mereka.

Lapor akhbar berkenaan, rata-rata pemain terbabit menyelar cadangan itu kerana merasakan mereka seolah-olah disuruh mengemis untuk mendapatkan hasil titik peluh sendiri.

Mengulas dakwaan itu, Annuar sekali lagi menjelaskan bahawa tawaran diskaun 50 peratus tersebut bukan dibuat oleh KAFA yang sedang mengalami isu kekurangan dana, sebaliknya oleh penaja TRW bagi meringankan beban KAFA.

Annuar semalam memaklumkan beberapa penaja TRW sepakat untuk membantu KAFA membayar gaji pemain Kelantan bagi bulan Jun ini lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu serentak dengan gaji bulan Mei.

Kata beliau, penaja terbabit juga sedang berusaha membantu KAFA melunaskan tunggakan gaji dan pampasan pada tahun 2015 dan 2016 kerana KAFA belum mempunyai wang mencukupi untuk berbuat demikian.

Menurut beliau, penaja TRW menawarkan pelan penyelesaian kepada pemain dan bekas pemain pasukan itu yang mengalami isu tunggakan gaji dan bayaran pampasan dengan KAFA.

“Kita (penaja) akan menjelaskan tuntutan mereka (bekas pemain TRW) sekiranya mereka memberi KAFA diskaun 50 peratus. Kita akan bayar bagi pihak KAFA baki hutang mereka secara tunai dalam tempoh 30 hari mereka memberi persetujuan hitam putih. Jika tidak setuju maka perlu tunggu sehingga dana KAFA mencukupi,” katanya semalam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaTRW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd