Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Tak Dapat Bayaran, Jaclyn...

GARA-GARA masih belum menerima baki bayaran Konsert High Note yang berlangsung November lalu,...

Malaysia Tempat Pertama Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam...

Bakar Al-Quran Di Sweden:...

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama memerangi sentimen Islamofobia dan menggalakkan hubungan harmoni...

Arah Lynas Bawa Keluar...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyambut baik keputusan...

Jual Daging Arnab, Bukan Kucing – Pemilik Kedai

KECOH di media sosial baru-baru ini apabila dua keping gambar kononnya seorang peniaga di sebuah gerai bazar Ramadan di Setiu, Terengganu menjual daging kucing bakar.

Timbul pula pelbagai persoalan sehingga ada yang keliru kerana bentuk makanan eksotik yang dijual itu menyerupai kucing dan anak anjing.

BACA INI: “Oh Mak Kau Apa Benda Tu?” – Netizen

Susulan tularnya gambar tersebut, pemilik gerai, Ebbie Shafiran memuat naik status di laman Facebook menjelaskan keadaan sebenar sekali gus menafikan gerainya menjual daging yang tidak halal.

“Jangan kecam saya, saya jual arnab jer, makanan halal bukan makanan haram nak jual ikut suka,” tulisnya.

Jelasnya, dia memang ada memuat naik dua keping gambar itu yang memaklumkan mengenai penjualan daging arnab bakar di laman Facebooknya sebelum menjadi tular di laman sosial.

Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengubah suai gambar tersebut dan menyebarkannya sehingga menimbulkan kekeliruan netizen.


Menerusi laman Facebook Ebbie, dia mengakui ada pihak yang keliru dengan daging arnab bakar tersebut kerana bentuknya.

“Salah faham sebab bentuk, biasa lar tu,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

* Video di bawah sekadar hiasan.

Kategori