• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tumpu 7 Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tumpuan kepada tujuh kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya semasa penguatkuasaan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2017 (OP HRA 2017) mulai 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob berkata kesalahan itu adalah tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, beliau berkata memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lorong kecemasan.

“Tujuan sebenar kita dalam operasi ini bukan untuk menyaman orang. Operasi ini adalah untuk memberikan kemudahan membantu orang ramai pulang ke kampung dengan selamat dan selesa,” katanya kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di sini, semalam.

Sementara itu, Yusoff berkata pihaknya juga membuat penyamaran menaiki bas ekspres sepanjang operasi berkenaan untuk melihat tingkah laku pemandu bas sama ada melakukan kesalahan atau pun tidak seperti menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu bas itu.

“Anggota kita akan menyamar dengan pakaian biasa dan menaiki bas ini macam penumpang biasa, sekiranya kita mendapati pemandu itu ada membuat kesalahan, tindakan akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 815 kenderaan penguat kuasa JPJ digunakan sepanjang operasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: AidilfitriJPJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cabaran Imam Muda Tugas Di Luar Negara

Next Post

JPJ Keluar 72 Saman Op Hari Raya Di Pahang

Related Posts

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

JPJ Tambah Baik Prosedur Pemeriksaan Bermula 1 Jun

31/05/2025
0

PUTRAJAYA - Dua penambahbaikan utama terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Ahad. Ketua Pengarah...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

Next Post

JPJ Keluar 72 Saman Op Hari Raya Di Pahang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd