• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Keluar 72 Saman Op Hari Raya Di Pahang

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 72 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Hari Raya 2017 yang dijalankan di empat lokasi di seluruh Pahang malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kebanyakan saman tersebut membabitkan kesalahan yang dilakukan penunggang motosikal iatu 54 saman diikuti 18 saman kepada pemandu kereta atas kesalahan tidak mempunyai lesen dan cukai jalan serta pelbagai kesalahan lain.

“Kami juga menyita sebuah motosikal yang tidak mempunyai cukai jalan. Dalam masa yang sama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan turut menahan empat penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 hingga 47 tahun yang positif ujian dadah,” katanya di sini malam tadi.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Op Hari Raya 2017 di Jalan Teluk Sisek berkata dalam operasi bermula 10 hingga 12 malam itu, pihaknya memeriksa 875 kenderaan di empat lokasi di negeri ini iaitu Muadzam Shah, Temerloh, Raub dan Kuantan.

Operasi bersepadu itu, katanya turut disertai Polis Diraja Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Alam Sekitar .

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata seramai 3,128 anggota JPJ terlibat dengan Op Hari Raya Aidilfitri yang bermula 18 Jun hingga 2 Julai. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd