Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Lantik Nurul Izzah Salah...

Bukan sahaja pembangkang, Hassan Abdul Karim turut tidak sedang dengan pelantikan Nurul Izzah...

Laluan MRT Dari Semantan...

PETALING JAYA - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa kedua dari Semantan ke...

Projek ETS Gemas-JB Siap...

ISKANDAR PUTERI - Projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru yang...

Blinken Di Israel Untuk...

TEl AVIV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semalam berada di...

Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

SEPANG – Bekas anak didik Watson Nyambek, Jonathan Nyepa optimis beliau akan disenaraikan oleh  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menggalas cabaran dalam acara 100m pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos ini.

Ini susulan pencapaian pingat perak dengan catatan masa 10.28s oleh anak kelahiran Sarawak itu pada Kejohanan Terbuka Korea di Jeongseon, Korea Selatan, kelmarin.

Beliau berkata kini saingan antara pelari pecut negara semakin hebat untuk memburu slot dalam acara individu 100m pada Sukan SEA ekoran kehadiran pemegang rekod kebangsaan (10.8s), Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisham Abdul Manap, Nixson Kennedy dan Muhammad Aqil Yasmin.

“Kalau mengikut catatan masa di Terbuka Korea, memang saya berada di kedudukan kedua selepas Khairul Hafiz,” kata atlet berusia 21 tahun ïtu kepada pemberita sejurus tiba dari Korea Selatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), lewat malam tadi.

Jonathan, bagaimanapun, menegaskan bahawa catatan masa 10.28s itu bukan prestasi kemuncaknya malah menyimpan tenaga untuk sampai ke tahap terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos ini.


“Saya tidak sangka dapat mencatat masa di bawah 10.30s. Bagaimanapun, ia bukan tahap ‘peak’ (kemuncak) bagi diri saya,” kata Jonathan, anak kelahiran Belaga, yang mendapat bimbingan bekas jaguh pecut negara, Watson, pada awal pembabitan beliau dalam sukan olahraga.

Selepas cabaran di Korea Selatan, beliau akan menghadapi Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di Bhubaneswar, India dari 6 hingga 9 Julai ini.

Pada Kejohanan ATF itu, Jonathan akan digandingkan buat pertama kali bersama-sama Khairul Hafiz, Nixson dan Badrul Hisham Manap dalam acara 4x100m. – BERNAMA

Kategori