• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,400 Panggilan Kecemasan Kebakaran 2016

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH, 23 Jun (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 2,400 panggilan kecemasan berkaitan kebakaran sepanjang tempoh dua minggu Ops Raya, pada tahun lalu.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil serius tentang aspek keselamatan kebakaran ketika musim perayaan ini.

Katanya, jumlah itu meningkat sebanyak 564 panggilan berbanding tahun 2015 iaitu 1,836 panggilan.

Selain jumlah panggilan, jumlah kematian dan kecederaan akibat kebakaran turut meningkat iaitu tujuh kematian pada tahun lalu berbanding satu pada tahun 2015 manakala 27 kecederaan pada tahun lalu berbanding tujuh pada tahun sebelumnya, katanya.

“Kalau melihat kepada statistik, 2,400 panggilan kebakaran tahun lalu dalam tempoh dua minggu ia merupakan 20 peratus melebihi panggilan kebakaran di waktu biasa.

“Hal ini berlaku disebabkan peningkatan aktiviti di kediaman yang menyebabkan banyak berlaku kebakaran,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan udara dan lawatan sempena Ops Selamat bagi meninjau kesiapsiagaan JBPM di Plaza Tol Tapah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Nor berkata mercun dan bunga api juga antara penyebab boleh berlakunya kebakaran.

Dalam pada itu, mengenai Ops Selamat, beliau berkata sebanyak 14 Pos Kawalan Bomba (PKB) di buka sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan lima PKB di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.

Menurut beliau, setiap lokasi akan menempatkan 12 orang pegawai dan anggota berserta kelengkapan serta jentera yang bersesuaian.

“Ini sebenarnya bagi memberi bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan khususnya kemalangan jalan raya kerana kita perlu bergerak segera untuk mengelakkan kesesakan trafik sesak teruk.

“Kita menjangkakan sekiranya berlaku kemalangan di lebuhraya ini pihak bomba perlu sampai di tempat kejadian kurang daripada 10 minit kerana lagi lambat kita bertindak, lagi susah untuk sampai ke lokasi kerana trafik akan bertambah sesak,”katanya.

— BERNAMA

Tags: Datuk Wan Mohd Nor IbrahimJBPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd