• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Sabah Siap Siaga Menjelang Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tetap bersiap siaga menjelang sambutan Aidilfitri ini, walaupun rekod menunjukkan insiden kebakaran pada musim perayaan itu menurun dari tahun ke tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jemros Olin berkata antara persediaan yang dibuat termasuk rondaan di kawasan berisiko seperti tumpuan orang awam dan perumahan serta pemantauan keselamatan jalan raya.

“Berdasarkan statistik kes panggilan kebakaran melibatkan rumah kediaman sepanjang sambutan Aidilfitri tahun lepas, sebanyak 22 kes direkodkan berbanding 39 dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya, manakala pada 2014, kes panggilan kebakaran pula berjumlah 58 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Kempen Mencegah Kebakaran di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa memastikan semua aspek keselamatan menjadi keutamaan di mana sahaja.

Sejak tiga tahun lalu kebanyakan kejadikan kebakaran melibatkan kediaman ketika musim perayaan adalah disebabkan kecuaian penggunaan perkakasan elektrik.

“Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan, antaranya sentiasa memastikan suis utama elektrik kediaman dimatikan dan palam perkakasan elektrik dicabut daripada soket sekiranya tidak digunakan dan ketika meninggalkan rumah,” kata Jemros.

Selain itu, JBPM Sabah turut mengekalkan kekuatan pegawai dan anggota di balai untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Menurutnya, hanya 20 peratus daripada hampir 1,000 pegawai dan anggota di seluruh negeri dibenarkan bercuti, bagaimanapun kesemua mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia. – BERNAMA

Tags: JBPMSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd