• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu

oleh Ahmad Albab
03/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal menerima empat buah lagi balai bomba baharu iaitu di Kuala Krai, Dabong (di jajahan Kuala Krai), Wakaf Bharu di Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penambahan empat buah balai itu akan menjadikan keseluruhan balai bomba yang terdapat di negeri ini adalah sebanyak 21 buah.

Projek pembinaan empat balai bomba itu adalah projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang menelan belanja sebanyak RM10 juta, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama anggota JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Wan Mohd Nor berkata kesemua balai bomba itu sekarang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

“Kita yakin dengan penambahan balai bomba ini, ia dapat membantu bomba dalam menjalankan tugas membantu memadamkan kebakaran dengan lebih sempurna serta memendekkan tempoh respons anggota yang bertugas, ” katanya.

Beliau berkata lagi banyak balai bomba maka lagi cepat anggota dapat tiba di sesuatu lokasi kebakaran untuk memadamkan api atau menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada musnah.

Mengenai penambahan anggota, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan tetapi JBPM kini membuat perancangan iaitu memindahkan kalangan anggota sedia ada ke balai baharu selain menambah perjawatan dalam bomba bantuan.

Mengenai tempoh respons, Wan Mohd Nor berkata setakat ini beliau amat berpuas hati malah kesemua balai bomba menunjukkan satu tindak balas yang baik dan cepat tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, sebenarnya setiap panggilan akan sampai ke Bilik Gerakan dan semua balai bomba dapat menerimanya dan memberikan tindak balas.

“Seperti dalam kejadian kemalangan yang meragut nyawa tujuh pelajar tahfiz di Kampung Telekong, Kuala Krai semalam, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang tiba dalam tempoh 15 minit selepas menerima maklumat.

“Meskipun berlaku di Kuala Krai tetapi pasukan yang paling dekat berada akan segera memberikan maklum balas dan berkejar ke lokasi. Apa yang mustahak anggota bomba pasti akan tiba di lokasi dan memberikan bantuan kepada mangsa, ” katanya yang turut melawat lokasi kemalangan berkenaan semalam. – BERNAMA

Tags: JBPMKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd