• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamilah Peroleh Kekuatan Daripada Keluarga, Pengundi

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Saya kehilangan seorang suami yang juga disayangi rakyat, pastinya saya bersedih dengan pemergian beliau, tetapi hidup perlu diteruskan”.

Itu kata-kata yang dilontarkan Datuk Amar Jamilah Anu, balu kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ketika ditemui di kediamannya di Damai Jaya, Santubong dekat sini hari ini.

Terdahulu, Jamilah menerima kunjungan daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di kediamannya.

Jamilah, yang menggantikan Allahyarham Adenan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu berkata tanggungjawab kepada anak-anak, cucu serta kepercayaan pengundi di kawasannya menjadi kekuatan kepada Jamilah ketika menghadapi waktu sukar saat kehilangan suami tercinta.

Allahyarham Adenan, yang lebih dikenali sebagai Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak kelima, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan pada 11 Jan lepas.

Berkongsi kenangan sebagai pasangan suami isteri selama 38 tahun khususnya ketika menyambut Ramadan dan Syawal, Jamilah berkata Allahyarham sentiasa mengingatkan kepada beliau agar melebihkan sedekah pada kedua-dua bulan mulia ini.

“Pada bulan puasa, arwah suami akan berkunjung ke masjid dan surau di kawasan Tanjong Datu untuk memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan golongan orang kurang upaya. Beliau tegaskan kita seharusnya membantu golongan itu agar mereka juga dapat merayakan Aidilfitri sama seperti orang lain,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri yang pertama kalinya disambut tanpa kehadiran suami di sisi, Jamilah berkata kenangan merayakan hari raya bersama arwah Adenan ketika menjadi Ketua Menteri yang mengalu-alukan kedatangan ribuan orang daripada pelbagai lapisan masyarakat ke majlis rumah terbuka mereka, sentiasa kekal dalam hatinya.

“Tahun ini ramai yang berkunjung ke rumah antaranya tetamu dari kawasan Tanjong Datu, Muara Tuang serta rakan-rakan dari sekitar Kuching yang bertanya khabar. Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan media, rakyat serta penduduk Tanjong Datu yang memberi peluang untuk saya menjadi wakil rakyat mereka,” katanya.

Beliau berkata setiap kali sambutan Aidilfitri, Allahyarham suaminya juga sering membuka pintu untuk sesiapa sahaja berkunjung ke rumahnya tanpa perlu membuat temu janji, tidak kira masa selain memastikan tetamu dihidangkan dengan juadah yang mencukupi.

Arwah juga menggemari ketupat, lemang, kari ayam dan kurma daging, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Jamilah Anu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamilah Terkilan Tidak Dapat Berjumpa Pengundi

16/02/2017
0

LUNDU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Datuk Amar...

BN Tiada Masalah Berkempen Untuk Jamilah

05/02/2017
0

KUCHING - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah menjalankan kempen buat calonnya Datuk Amar Jamilah Anu pada pilihan raya kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd