Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Salah Bidas EFA Secara...

MOHAMMED Salah mengkritik Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) secara terbuka di media sosial...

Guru Malaysia Terpilih Antara...

DUA orang guru berasal dari Malaysia telah terpilih sebagai 50 finalis untuk memenangi...

PMSP Saran Mahathir Serah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar meminta anak-anaknya...

Najib Mohon Dapatkan Salinan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Februari untuk...

4 Tahun Tiada Anak, Izzue Rancang Jumpa Pakar

MENYAMBUT ulangtahun perkahwinan keempatnya semalam, pelakon dan penyanyi Izzue Islam ada menyatakan dia merancang untuk berjumpa pakar berikutan belum ada rezeki menimang cahaya mata.

Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak. . Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan. . Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn. . Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah. Terima Kasih Semua. . #izzueislam #awinnurin #iian

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Madah indah yang dicoretkan Izzue kepada Awin sempena ulangtahun keempat perkahwinan mereka.

Namun menurut jejaka berusia 27 tahun ini, dia dan isteri, Awin Nurin masih belum berkesempatan berbuat demikian kerana kesibukan kerja.

“Siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.

“InsyaAllah, suatu hari nanti, Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,” ujarnya, lapor mStar Online.


Izzue dan isteri yang juga merupakan pengurusnya, bernikah pada 2 Jun 2013 di Dewan Shah Alam, Selangor.

Sementara itu dalam perkembangan seninya pula, Izzue berkata dia kini sedang menantikan tayangan drama lakonannya berjudul Ops Cinta Din dan Pengemis Itu Saudaraku yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti. – MYNEWSHUB.CC

Kategori